12 May 2009

Berita yang menakutkan...

ari ni..pagi2 lgi dah dengar berita yang menakutkan ..Virus Influenza A (H1N1) dah merebak smpai kat thailand..dah 2 org yang disahkan dijangkiti..adoiii takot nya..jgn la ada org yg kat Malaysia ni terkena...leh bawak mati tuhhh..

yang aku tau..setakat ni lom ada vaksin lagi tuk sakit ni...jom kita share ckit info...so sama2 lah beringat eh..

Adakah Virus Ini Berjangkit?
virus (H1N1) berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia .Masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Tanda-tanda Virus Terhadap Manusia?
Simptom Virus terhadap manusia seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga cirit-birit dan muntah, kurang selera makan serta sesak nafas

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
• Tutup mulut dan hidung dengan tisu sewaktu bersin atau batuk
• Basuh tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutama selepas batuk
• Elak dari menyentuh mata, hidung dan mulut
• Jika sakit akibat demam selesema, hadkan pergaulan supaya orang lain tidak dijangkiti

comei je masks ni..


No comments:

Post a Comment